MamaQaireen Shoppe

Search This Blog

Thursday, March 31, 2011

TIPS ASAS UNTUK TAMBAH SUSU.

Saya tau ada di kalangan kawan-kawan yang telah mengambil SHAKLEE tapi masih tidak mendapat hasil yang diharap-harapkan...Sabar ye kawan-kawan..Rezeki tu tak dtg bergolek cetu jer...Meh kita check tip-tips asas untuk tambah susu....Ingin saya ingatkan kawan-kawan dan diri saya sendiri jugak, supplement itu adalah salah satu usaha untuk menambah susu..Bukannya factor utama susu jadi bnyk yer...Salah Satu yer kawan-kawan...Kalau dah consume Set B, jgn lupe lakukan lakukan tips-tips basic di bawah :)

      1. Susukan bayi dengan kerap dan perah dengan konsisten
    Susu ibu terhasil berdasarkan konsep SUPPLY BY DEMAND. semakin banyak demand semakin banyak susu ibu yang terhasil. Jadi, semakin banyak kali bayi disusukan, otak mendapat signal bahawa lebih banyak susu yang diperlukan. Maka, insyaAllah susu pun bertambah banyak.
    Satu lagi, pastikan B sentiasa dikosongkan pada setiap kali sesi penyusuan/perahan. Walaupun bayi adalah pam yang terbaik di dunia tetapi kadang-kala bayi tidak minum sehingga kosong atau mungkin mengosongkan sebelah sahaja payudara, jadi ibu masih perlu mengepam keluar susu supaya otak dapat menerima signal yang betul. Susu yang diperah boleh dijadikan stok sekiranya berlaku kurang susu di suatu hari ini.
    Elakkan menunggu sehingga bengkak susu, baru perah. Hasilnya memang lumayan, namun untuk jangka masa panjang susu akan makin lama makin berkurangan. Tentunya ibu-ibu mahu menyusukan anak sekurang-kurangnya sehingga 2 tahun, bukan?
    Untuk ibu yang bekerja, perah/pam sekurang-kurangnya 3 jam sekali. Perah pada masa yang sama setiap hari supaya otak dapat menerima dan menghantar signal yang betul. ibu akan dapati pada masa yang sama setiap hari B akan penuh dengan susu dan sekiranya lewat pam akan mengalami bengkak susu.
    2. Minum banyak air
    Manusia perlu minum sekurang-kurangnya 2 liter air sehari untuk memenuhi keperluan tubuh dan melancarkan peredaran darah. Tetapi untuk ibu yang menyusu, air yang diperlukan adalah sekurang-kurangnya 3 liter sehari. ini kerana air yang keluar bukan sahaja melalui sistem perkumuhan tetapi juga dari penyusuan.
    Banyakkan, 3 liter sehari. boleh muntah air dibuatnya. sedikit tips untuk memastikan ibu minum air yang mencukupi. Sediakan bekas air yang besar iaitu 1 atau 1.5 liter sebagai indicator untuk memudahkan ibu tahu berapa banyak air yang telah diminum untuk sehari. Setiap kali lepas buang air atau menyusu, minum sekurang-kurangnya secawan air.
    Untuk mengelakkan ke tandas terlalu kerap, minum dengan sedikit tetapi kerap. ini memudahkan badan menyerap air dan meng’optimum’kan fungsi air dalam tubuh. minum juga air semasa sedang menyusu.
    Sediakan sebotol air masak di tepi katil. sekiranya ibu bangun malam, boleh la melegakan tekak sedikit.
    pengambilan vitamin juga menyebabkan darah pekat, oleh itu, air diperlukan untuk melarutkan vitamin ke seluruh tubuh.
    3. Doa
    Senjata utama orang Islam adalah doa. Walau pun telah pelbagai usaha yang dilakukan tetapi jika Allah kata tiada rezeki untuk kita tentu rezeki itu tidak datang. Jadi, janganlah sombong dengan Allah. Banyakkan berdoa, berzikir dan mengingati Allah.
    Allah itu Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Lagi banyak kita berdoa, lagi suka Allah mendengarnya. Mintalah dengan Allah, kerana hanya Dia yang berkuasa memenuhi permintaan setiap manusia.
    Dan Tuhanmu berfirman: “Berdoalah kepada-Ku, niscaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina.” (Surah Al-Mu’min:60)
    Di dalam satu hadith qudsi, Allah SWt berfirman: “Sesungguhnya apa-apa yang akan Aku lakukan terhadap hambaKu adalah mengikut sangkaan hambaKu terhadap-Ku, dan Aku bersamanya apabila dia mengingatiKu. Jika dia mengingatiKu di dalam hatinya maka Aku mengingati dia di dalam hati-Ku, dan jika dia mengingati-Ku dalam perhimpunan maka Aku ingati dia dalam perhimpunan yang lebih baik (yakni jemaah para malaikat). Apabila hamba-Ku mendekati-Ku sejengkal, maka Aku dekati dia sehasta. Apabila dia mendekati Aku sehasta, maka Aku dekati dia sedepa. Dan apabila dia datang mendekati Aku dengan berjalan, maka Aku dekati dia dengan berlari” (Hadith Riwayat Imam Ahmad, Bukhari, Muslim dan lain-lain)

sumber : kak n

Wednesday, March 30, 2011

KEGUGURAN RAMBUT SELEPAS BERSALIN

Rambut gugur selepas bersalin adalah antara dilema yang dihadapi oleh para ibu. Kata orang tua, bila bayi dah mula menyembur, rambut pun mula gugur. Ada juga yang mengaitkan keguguran rambut selepas bersalin dengan penyusuan ibu. Benarkah?
Sebenarnya, keguguran rambut selepas bersalin adalah normal. Ia tiada kaitan dengan bayi menyembur atau menyusu badan.
Rambut mengalami fasa pertumbuhan dan fasa ‘rehat’ iaitu bila rambut kekal di kulit kepala dan akan gugur untuk memberi laluan kepada pertumbuhan rambut baru. Oleh itu, keguguran rambut sebenarnya normal.
Cuma, bagi ibu yang lepas bersalin, keguguran rambut adalah lebih ketara kerana:
  • Hormon semasa mengandung menyebabkan rambut mengalami fasa pertumbuhan yang ketara. Apabila bersalin, rambut mengalami fasa ‘rehat’ dan sebagai memberi laluan kepada pertumbuhan rambut baru, lebih banyak rambut asal semasa mengandung akan gugur.
  • Kurang rehat, mungkin kerana menjaga bayi yang baru lahir.
  • Kurang vitamin seperti zinc dan protein.
Biasanya keguguran rambut selepas bersalin ni berlaku dalam 2-3 bulan selepas bersalin, sama fasa dengan bayi mula menyembur air liur.
Apa perlu dibuat sekiranya menghadapi masalah rambut gugur selepas bersalin?
  • Tukar syampu kepada yang lebih rendah kandungan bahan kimia atau yang berasaskan organik, dan gunakan perapi dari sumber yang sama.
    shampoo prosante shaklee
    Syampu dan Perapi Prosante Shaklee berasaskan bahan semulajadi
  • Tukar sikat rambut kepada yang kurang memberi tekanan kepada rambut dan kulit kepala.
  • Mengambil supplement yang mengandungi multivitamin dan mineral, zinc dan protein.
zinc
Zinc Complex 
vita lea multivitamin
Vita Lea 
energizing soy protein
ESP 
  • Minum air secukupnya.
  • Tidur dan rehat yang cukup serta jauhi stress.
Sepatunya masalah keguguran rambut ini akan berakhir apabila bayi mula memasuki usia 1 tahun. Namun, sekiranya keadaan berterusan, sila dapatkan khidmat nasihat pakar perubatan kerana keguguran rambut selepas bersalin juga boleh  jadi kerana kecelaruan hormon akibat tiroid dan juga anemia.
Credit to MOMMY LYNA

KASIH IBU SEHINGGA KE HUJUNG NYAWA

Setiap ibu yang menyusukan anak mereka tentunya mahukan yang terbaik untuk si kecil. Malah setiap ibu juga sanggup berkorban apa sahaja demi melihat kebahagiaan anak mereka. Hari ni mama nak kongsikan bersama cerita tentang kasih sayang seorang ibu sehingga ke hujung nyawa. Mama dapat cerita ni daripada salah seorang mbfpc iaitu ibu Nora Herni. Ini kisahnya...
_________________________________________________________


Hari ini, saya terpanggil bagi berkongsi satu kisah yang sangat menyentuh hati dan naluri saya sebagai seorang yang bergelar ummi, anak dan insan. Kisah ini adalah perkongsian daripada seorang DJ radio yang menjadi halwa telinga saya di dalam kereta, sepanjang menuju ke pejabat. Ini adalah kisah benar yang diceritakan oleh rakan beliau yang bertugas sebagai anggota bomba. Mungkin ada juga rakan-rakan di luar sana yang turut mendengar perkongsian ini.

Kisahnya perihal satu keluarga yang mengalami kemalangan ngeri. Kereta yang mereka naiki terbabas, berpusing, melanggar pembahagi jalan lalu terperosok ke dalam longkang. Dalam kejadian ini, kereta itu remuk teruk dan penumpangnya mengalami kecederaan parah. Cermin hadapan habis retak berderai. Tidak ditekankan keadaan pemandunya. Tetapi saya fikir, pemandunya menemui ajal di situ juga. 

Mahu diceritakan, penumpang yang duduk di sebelah pemandu mengalami kecederaan yang sangat parah. Wajahnya habis berlumuran darah. Dahinya terkopek sehingga menonjolkan tulang tengkorak. Mungkin juga akibat terhantuk pada papan pemuka kereta ditambah dengan pecahan kaca cermin hadapan. Ajaibnya kuasa Tuhan, bayinya selamat tetapi terpelanting ke kerusi belakang. Bayi kecil yang tidak tahu apa-apa itu meraung dan menangis. Mungkin kerana kesakitan, kesedihan, terkejut dan sebagainya.

Sewaktu anggota bomba itu mengambil dan mahu menyelamatkan si kecil tadi, ibunya terketar-ketar dan menggigil sambil memberi isyarat kepada beliau. Subhanallah, rupa-rupanya si ibu tadi mahukan bayinya bagi disusukan. Diselak bajunya dengan sedaya upaya dan disusukan si kecil itu dengan penuh rasa sayu, pilu dan kasih sayang.

Si kecil senyap di dalam dakapan ibunya. Betapa nyamannya dakapan ibu itu sehingga mampu menenangkan si kecil yang ketakutan. Dengan kuasa dan izin Allah, ibu itu tiba-tiba tercungap-cungap mencari nafas, tanda ajalnya yang semakin hampir. Lalu terkapailah si ibu dalam keadaan yang penuh rasa tanggungjawab dan kasih sayang itu. Ya Allah, betapa pilunya situasi itu sehingga merenggut ketenangan anggota bomba tadi.
Sewaktu saya mendengar perkongsian ini, air mata saya berderaian laju menitis di pipi. Malah, tatkala menukil kata demi kata dalam ruang maya ini juga, bagaikan sukar air mata ini mahu ditepis. Betapa luhur dan agungnya perasaan kasih seorang ibu kepada permata hatinya. Tidak terbalas dek kita sebagai anak, yang selama ini tidak habis-habis bergantung pada jasa ibu.

Dari kecil dibelai ibu, sudah besar masih juga mahu bergantung pada ibu. Masakan tersedap, air tangan ibu. Segala pengalaman dunia, mahu dirujuk pada ibu. 

Sahabat sekalian, selagi kita memiliki dan punya ibu, hargailah ibu kita setinggi-tingginya. Muliakan dan tatanglah ibu kita persis menatang air yang penuh tatkala berada di gurun yang gersang tanpa penghujung. Betapa berharganya air itu sehingga sekiranya boleh, setitis pun kita tidak mahu jatuh ke bumi. Tanpa air itu, takkan lama kita bertahan dalam mengharungi perjalanan di atas gurun tadi.

Semoga kita mendapat iktibar daripada kisah yang dikongsikan ini. Sekian.


_________________________________________________________

Sedihkan..mama tak mampu nak menahan air mata mama, terlalu sedih dan mama masih terbayang-bayang akan nasib anak itu. Kesian dia yang kehilangan tempat bermanja dan mendapatkan setitis susu ibunya. 
Betapa beruntungnya kita yang masih berpeluang menyusukan si manja kita!


Tuesday, March 29, 2011

APAKAH ITU ALFALFA




Apakah itu Alfalfa?


Alfalfa merupakan raja segala tumbuhan dan raja segala herba. Ia mempunyai sitem akar yang panjang, iaitu sedalam 20 - 30 kaki ke dalam tanah. Selain kaya dengan klorofil, ia juga merupakan makanan paling lengkap kerana mempunyai 15 mineral, 10 vitamin, 8 enzim dan juga fiber. Ia juga kaya dengan mikronutrien yang membantu sistem badan berjalan lancar.
Pengamal perubatan herba (herbalists) selalunya akan mengesyorkan Alfalfa untuk pesakit yang kurang nutrisi (malnutrition), lemah (debility) dan sakit berpanjangan (prolonged illness).

Apakah kebaikan Alfalfa?
(1) Terkenal untuk merawat 3 A :
• Arthritis
• Asthma
• Allergy

(2) Berkhasiat untuk membantu masalah :
• Penyakit Usus (Colon disorder)
• Buah pinggang
• Kencing manis
• Melawaskan usus
• Ulcer
• Fluid retention (sembab)
• Kurang selera

(3) Mengandungi 8 enzim yang boleh membantu masalah :
• Penghadaman
• Pencernaan
• Flatulence
• Abdominal discomfort dikalangan orang dewasa

(4) Terkaya dengan klorofil yang dapat membantu masalah
• Gastrik
• Penyakit kulit (Eczema)
• Kurang darah (Anemia)
• Sembelit
• Badan, nafas dan kaki berbau

(5) Promotes pituitary gland function

(6) Meneutralkan asid dalam badan (Alkalize’s the body and detorities the body especially the liver)

(7) Merawat masalah keputihan pada wanita. Sifatnya yang mengandungi phytoestrogens juga menyebabkan ia mempunyai fungsi seperti kacip Fatimah, maka, membantu dalam "hubungan" suami isteri (enhance libido). Malah, ada juga yang mengaitkannya dengan membantu pembesaran payudara.
Memang sangat bagus diambil oleh wanita & para isteri.
(8) As a galactagouge. Bagus diambil oleh ibu menyusu, kerana ia meransang dan menambah pengeluaran susu ibu .


credit to : Cik Yut


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...