MamaQaireen Shoppe

Search This Blog

Thursday, March 24, 2011

TIPS MENGHANGATKAN RUMAHTANGGA



1. SELAMAT PAGI
Cuba kira, sudah berapa lama anda tidak mengucapkan ‘selamat pagi’. Dua hari lepas, minggu lepas, bulan lepas, atau sejak anda meninggalkan sekolah? Ucapan selamat pagi perlu ditujukan kepada pasangan. Sedarilah bahawa ucapan ini sangat menyengat tatkala dibisikkan pada telinga pasangan ketika dia bangun dari tidur.
2. Sesungguhnya hubungan suami isteri perlu ada tolak ansur. Tanpa tolak  ansur kebahagiaan sukar di cari.
3. CUBIT-CUBITAN
Siapa kata cubit itu menyakitkan? Kalau cubit-cubit sayang, rasa ghairah akan timbul. Jadi, gunakanlah senjata ini bila berdua-duaan dengan pasangan.
4. MANDI BERSAMA
Tak salah kiranya anda dan pasangan anda mandi bersama. Lebih mudah jika anda mempunyai bilik air dalam bilik dan keluasannya boleh membuatkan dua orang. Waktu ini, anda boleh sabunkan pasangan dan begitu juga pasangan. Aktiviti ‘sabun-menyabun’ ini boleh menimbulkan rasa romantis lebih-lebih lagi bila sapuan sabun itu menyentuh bahagian tubuh yang sensitif.
5. MUDAH MEMBERI MAAF
Jangan terlalu susah untuk memaafkan si dia. Kesannya anda sukar untuk memaafkan diri sendiri jika berlaku sebarang pertelingkahan.
6. MANJA
Manja sikit-sikit apa salahnya. Jangan anggap usia anda kian meningkat dan anak dan boleh di kira saat untuk bermanja kian lenyap.
7. BERANI BERUBAH
Jangan takut untuk berubah. Ubah tanggapan anda dari negatif kepada positif. Perubahan ini pastinya begitu bermakna pada hubungan anda dengan si dia.
8. NAIK BULU ROMAKU
Gigit cuping telinga si dia. Jangan kuat tapi sekadar gigitan romantis. Sambil itu bisikkan kata-kata cinta berbunga. Jadi atau tidak, lihat saja bulu tangannya.
9. SUPRISE!!!
Mengejutkan si dia dengan hadiah mungkin di lihat sebagai cara biasa dilakukan kebanyakan pasangan. Lalu, ada pasangan yang tidak begitu teruja bila diberi kejutan sebegitu. Oleh itu, berikan kejutan yang lebih menarik dan istimewa. Misalnya, merancang makan malam di sebuah restoran romantik, melancong tanpa di rancang ke tempat impian pasangan atau apa sahaja yang boleh memeranjatkan si dia.
10. CIUMAN DI LEHER
Salah satu bahagian tubuh badan yang sensitif pada ciuman adalah leher. Oleh itu, jadikan leher sebagai tempat untuk menghangatkan malam anda dengan si dia.
11. HILANGKAN STRESS
Salah satu punca mengapa hubungan menjadi suram adalah akibat tekanan atau stress. Hal ini kerana stress boleh menyebabkan mood menjadi negatif sehingga boleh menyebabkan pergaduhan dan sebagainya. Tiada stress bermaksud keharmonian rumah tangga kian bertambah.
12. SENYUM
Dalam sehari berapa kali anda senyum pada pasangan. Bak kata orang, senyuman itu satu sedekah. Bayangkan si dia senyum kepada anda tanpa di suruh. Mengujakan bukan?
13. JAGA KESIHATAN
Bagi pasangan yang mempunyai penyakit, pasti mereka tidak dapat menghabiskan masa bersama anda. Masa yang kurang ada kalanya menyebabkan rasa ‘geram’ dan akhirnya menjadi bebanan sehingga tercetusnya pergaduhan. Mulai sekarang, jaga kesihatan supaya tidak timbul masalah di masa akan datang.
14. Orang kata kesihatan dalamam mampu menyelamatkan hubungan dalam rumah tangga. Apa tunggu lagi… dapatkanlah mana-mana produk yang mampu mengembalikan ‘tenaga dalaman’ anda.
15. AIR TANGAN
Satu cara lagi untuk memeriahkan rumah tangga adalah dengan menciptakan resepi menarik setiap kali waktu makan.
16.CAKAP SAMBIL MAKAN
Walaupun agak bertentangan dengan nilai budaya kita yang melarang bercakap ketika makan, kini tidak lagi. Kesibukan waktu menyebabkan ramai pasangan malah melibatkan anak-anak jarang bercakap. Jadi, waktu ini adalah saat paling sesuai untuk bercerita sesama ahli keluarga.
17. AKTIVITI BERSAMA
Gunakan masa ketika membasuh kereta, mengemas rumah, memasak, berkebun, melakukan aktiviti luar dan sebagainya sebagai cara untuk anda sekeluarga bergembira.
18. JANGAN CURIGA
Satu sikap yang sukar dikikis khususnya pada wanita iaitu perasaan curiga pada suami. Tak kira sama ada suami kacak seperti Jonny Deep atau ala-ala kadar saja, perasaan curiga patut dihindari.
19. AROMATERAPI
Aromaterapi boleh membangkitkan suasana romantis dan intim pada pasangan. Oleh itu, pandai-pandailah mencari haruman yang boleh menggembirakan pasangan.
20. AYAT MENGAYAT
Tak pernah berpantun dengan pasangan? Mulakan hari ini. Tak pernah bergurindam atau menyanyi di hadapan pasangan? Cubalah sekali. Tentu si dia gembira dengan perubahan anda ini.
21. CIPTAKAN HARI ISTIMEWA
Pilih satu hari yang anda dan pasangan anda setuju untuk melakukan aktiviti bersama. Misalnya setiap Sabtu awal bulan adalah hari untuk anda sekeluarga keluar berkelah atau menonton. Meriah bukan?
22. Senangkan diri anda untuk mencintai si dia. Tunjukkan rasa cinta itu dengan apa cara sekalipun.
23. LAMPU GARAM BUKIT
Belum ada kesahihannya tentang hubungan lampu garam bukit dengan mood seseorang. Garam bukit mengeluarkan ozon positif. Manakala manusia dan barang sekeliling mengeluarkan cas negatif. Jadi, dengan adanya cas positif yang dikeluarkan oleh garam bukit secara tidak langsung memberi keseimbangan kepada suasana sekeliling.
24. FAHAMI TANGGUNGJAWAB
Minta bantuan daripada mereka yang arif supaya anda dan pasangan dapat menyempurnakan tanggungjawab yang diberikan dengan sebaik mungkin.
25. TERIMA DIA SEADANYA
Jangan mengharapkan sesuatu yang tidak mungkin akan berlaku. Jika berlaku, anda mungkin akan kecewa.
26. Berdoalah sentiasa agar rumah tangga sentiasa harmoni. Inilah cara terbaik untuk menjaga kebahagiaan.
27. JANGAN BERSERABUT
Rumah yang bersepah dan berserabut menunjukkan ‘keserabutan’ orang yang tinggal di situ. Cuba-cubalah hias rumah supaya menjadi ‘syurga’ kepada anda sekeluarga. Diri sendiri pun perlu berhias.
28. TUGAS
Pada masa kini, tugas di rumah bukan hanya terletak di bawah tanggungan isteri. Suami juga perlu bijak mengambil tugas di rumah sebagai usaha membantu meringankan bebanan isteri. Jangan fikirkan ego sehingga menyebabkan ada jurang antara suami dan isteri.
29. PERMAINAN
Banyak permainan sesuai untuk keluarga seperti Monopoli, Binggo, Uno dan sebagainya. Jadikan permainan ini sebagai cara untuk anda dan keluarga beriadah.
30. WARNA
Warna turut memainkan peranan dalam menentukan suasana. Oleh itu, pastikan dinding rumah dan juga pakaian anda menunjukkan ciri-ciri ceria. Elakkan warna gelap seperti hitam, coklat atau biru tua. Banyakkan penggunaan warna cerah dan ceria seperti merah, kuning, oren, merah jambu, hijau muda dan sebagainya.
31. Jadikan setiap apa yang anda lakukan adalah ibadah
32. MELANCONG
Sebaik-baiknya 3 kali dalam setahun anda dan keluarga pergi melancong. Melancong dapat merapatkan lagi hubungan kekeluargaan dan dalam masa yang sama menghilangkan rasa stress di kalangan ahli keluarga.
33. SURAT CINTA
Tidak ramai yang menggunakan surat sebagai saluran untuk meluahkan perasaan. Apa kata anda gunakan cara ini bagi menyatakan cinta anda pada si dia. Mungkin perasaan yang diluahkan melalui tinta lebih berkesan dari tutur kata.
34. SENAMAN
Bersenam adalah cara terbaik untuk mendapatkan kesihatan yang optimum. Jangan abaikan masa terluang. Isikannya dengan aktiviti senaman bersama keluarga.
35. BERTERUS TERANG
Berterus terang adalah usaha terbaik bagi mewujudkan rasa sayang dan hormat-menghormati antara pasangan. Jangan simpan dalam hati segala masalah kerana nanti akan merosak diri.
36. GESEL-GESEL SI MANJA KUCING
Ya, ini sesuai untuk semua. Baringlah di pangkuan pasangan sambil berborak kosong. Pasangan pula perlu pandai memainkan peranan. Usap rambut si dia dengan lembut. Kalau ada uban, bolehlah cabut sekali. Selain seronok dibelai, rasa selamat dan disayangi juga boleh timbul.
37. MANISNYA RINDU
Jangan lepaskan peluang kalau diberi peluang bertugas di luar kawasan. Perasaan rindu akibat perpisahan sementara ini pastinya membuahkan rasa rindu dan sayang.
38. KOMUNIKASI
Gunakan sepenuhnya komunikasi yang ada sebagai ruang untuk anda berdua menunjukkan kasih sayang. Emel, telefon, SMS dan sebagainya boleh dijadikan pilihan
39. KAU MILIKKU
Cara ini paling sesuai untuk menunjukkan rasa hormat dan sayang pada pasangan. Lebih menarik jika langkah ini dilakukan secara mengejut. Misalnya, ketika sedang isteri membasuh pinggan di dapur, suami boleh memeluk isteri dari belakang. Untuk lebih intim, bisikkan ke telinganya kata-kata pujian seperti “Awak ni seksilah bila tengok dari belakang” atau “terima kasih sebab sediakan makanan yang sedap untuk kami semua”
40. TEPUK PINGGUL
Sambil berjalan tepuk sikit pinggul si dia. Tapi, jangan depan anak. Takut nanti si kecil pula yang melakukan aksi itu. Lebih seronok jika tepukan itu dilakukan secara mengejut. “Emm… geram!” lagi hebat jika tepukan ini disusuli dengan ramasan manja.
41. JELING MENJELING
Bukan jeling marah. Tapi jeling manja. Lirikkan mata pada si dia. Tunjukkan sikap anda yang romantis tetapi sedikit nakal.
42. JANGAN CEPAT PUTUS ASA
Apa sahaja masalah perlu diselesaikan walaupun mengambil masa agak lama
43. WANG DAN WANG
Jika dahulu wang bukan punca kebahagiaan, kini tidak lagi. Fikir-fikirkanlah.
44. AL-FATIHAH
Rajin-rajin sedekah Fatihah kepada pasangan dan ahli keluarga yang lain. Ayat ini bukan hanya untuk mengingati orang yang sudah tiada tetapi baik sebagai doa kepada orang yang hampir dengan kita
45. JAUHKAN JURANG
Jangan timbulkan jurang antara suami dan isteri. Walaupun isteri suri rumah, jangan anggap dia ‘orang dapur’ yang tidak perlu mengerti apa-apa. Jurang inilah yang menjauhkan memalapkan lagi hubungan rumah tangga.
46. DIDIK ANAK SEBAIKNYA
Ada kalanya anak menjadi punca pergaduhan. Sebelum berlaku apa-apa, didik anak supaya menghormati ibu bapa kerana inilah caranya untuk menciptakan rasa hormat antara ahli keluarga
47. Tunjukkan tanda hormat anda dengan mencium tangan ketika bersalam dengan suami
48. PENDENGAR SETIA
Jadilah pendengar setia kepada pasangan yang bermasalah. Sekurang-kurangnya masalah dan bebanan pasangan berkurangan
49. BERSYUKUR
Bersyukurlah dengan apa yang anda ada sekarang. Jangan merungut, mengungkit dan menyesal pada perkara yang sudah berlaku. Pasti kebahagiaan muncul jua.

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...