credit to : kak N
Rasanya dalam banyak entry penulisan ibu, telah ibu nyatakan berulang kali bahawa vitamin tidak membanyakkan susuibu. Supplement atau nama yang mudah dikenali sebagai vitamin hakikatnya adalah untuk membantu memastikan si ibu mendapat cukup zat dan mineral yang diperlukan oleh badan secara langsung membantu si ibu itu sustained sihat, bertenaga, ceria dan bersemangat.
Susuibu akan terhasil dengan lebih banyak apabila mendapat ransangan yang kerap melalui hisapan bayi atau sesi perahan yang sangat konsisten.
Namun kebaikan pengambilan supplement ini tidak dinafikan dapat membantu disalurkan kepada bayi yang dikandung mahupun bayi yang disusukan kerana apa yang si ibu makan akan ditukarkan menjadi pemakanan kepada bayi yang dalam kandungan atau kepada bayi yang disusukan melalui susuibu.
Mungkin ada sesetengah individu terutama yang mampu untuk memasak makanan seimbang setiap hari tidak memerlukan pengambilan supplement. Walau bagaimanapun terdapat 7 sebab yang ibu tahu mengapa seseorang itu memerlukan supplement dan ini ibu terangkan di dalam pamplet trial pack yang akan diedarkan mulai hari ini bagi setiap pembelian trial pack dari kumpulan GBS.
Tahukah kita bahawa sebagai ibu yang melahirkan anak dan seterusnya menyusukan anak memerlukan sumber kalsium yang tinggi dan perlu dititikberatkan demi kesihatan kita jangka panjang? Anak yang menyusu memerlukan kalsium yang boleh diperolehi dari susuibu. Komponen kalsium dalam susuibu adalah diserap dari badan si ibu bermula dari darah, gigi dan akhir sekali tulang....itu pun sekiranya si ibu tidak mementingkan penjagaan dan pengambilan makanan hariannya.
Namun dalam banyak kes, si ibu sendiri akan mendapati bahawa diri mereka perlu mengambil supplement. Keadaan ini berlaku terutama apabila si ibu itu mengalami keletihan yang panjang, moody, tidak mampu mengawal tekanan, mengalami sakit sendi dan tulang dan paling ketara apabila mengalami sakit gigi.
Kalsium antara mineral yang sangat penting dan perlu dipastikan ianya sentiasa mencukupi dalam memenuhi keperluan badan kita. Kalsium hadir dalam setiap sel dalam tubuh kita. Namun perlu kita ketahui 98% Kalsium tersimpan pada tulang. Tulang diperbuat daripada protien "scaffolding" yang digelar "collagen impregnated" dengan kalsium dan fosforus. Sewaktu mdua dan mmebesar dan terus membesar dengan padat (density) sehingga mencapai umur 30 tahun. Selepas itu, sekiranya tidak dijaga pengambilan makanan kita dan tidak mementingkan keperluan ini untuk tubuh maka tulang akan perlahan-lahan hilang 'density 'serta kekuatannya.
1% Kalsium ada pada gigi manakala 1% kalsium berada dalam darah. Nampak sangat kecil jumlahnya NAMUN PERANANNYA teramat penting. Ia membolehkan otot , urat saraf berfungsi dengan lancar dan smooth. Ia bertanggungjawab dalam nerve transmission , pergerakan otot-otot (muscle contraction), pengawalan denyutan jantung (maintenance of heart beat) serta 'cell division'.
Sebenarnya apa fungsi kalsium?
Kalsium diperlukan untuk membina tulang dan gigi yang kuat dan ini kita belajar sejak dari bangku sekolah lagi. Kalsium mengeluarkan hormon dan enzim badan selain mengawal "muscle contraction". Kalsium juga dikataka n menstabilkan dan membantu dalam proses penyerapan oleh sel serta membantu pengeluaran tenaga.
Bagaimana badan mendapatkan kalsium?
Pertama dari dalam darah. Kedua dari pengambilan makanan harian kita. Ketiga daripada tulang. Jika ini berlaku secara berterusan tanpa gantian yang mencukupi maka kemungkinan untuk mendapat risiko osteoporosis sangat tinggi.
Apa yang terjadi apabila kurang kalsium?
Bagi seorang kanak-kanak, sekiranya kurang mendapat kalsium yang sepatutnya maka risiko untuk mendapat penyakit tulang sangat tinggi (Ricket)
Manakala bagi seorang dewasa, kekurangan kalsium boleh menyebabkan tulang menjadi lembut dan rapuh.
Apakah punca sebenarnya kekurangan kalsium dalam badan?
Antara faktornya ialah :
- pengambilan sumber kalsium yang sangat rendah dan tidak memenuhi apa yang disarankan.
- punca utama kalsium adalah bahan tenusu. Pada mereka yang tidak tahan dengan laktos akan mengelakkan pengambilan makanan tenusu.
- kolestrol, kandungan tenusu biasanya dikaitkan dengan kolestrol macam keju, susu.
- Gula, ramai yang mengelakkan pengambilan sumber yang tinggi gula. Kandungan susu yang tinggi lemak, mengandungi kandungan gula yang rendah tetapi bagi susu rendah lemak , kandungan gulanya sangat tinggi memandangkan apabila lemak dikeluarkan susu menjadi kurang enak dinikmati.
- Allergik, sesetengah orang sangat sensitif dengan bahan tenusu.
- Rasa, kerana rasa susu sendiri buat kita mengelakkan untuk meminumnya setiap hari.
- sumber kalsium yang lain seperti ikan Sarden dan ikan lainnya yang dimakan bersama tulangnya, sayuran yang berwarna hijau gelap seperti bayam, kangkung dan lain lain, cereal,jus jeruk, kacang kedelai dan makanan yang terbuat dari kedelai, dan roti, makanan yang berasal dari biji bijian, wafel memerlukan diambil dalam kuantiti yang banyak dalam memastikan keperluan kalsium oleh badan dipenuhi dengan sebaiknya.
- Masalah penyerapan. Badan tidak mampu menyerap kalsium. Ini adalah kerana kalsium adalah satu bahan yang sukar diserap oleh badan. Hanya 10% yang mmapu badan serap. Namun jika tiada vitamin D yang mencukupi penyerapan akan terhalang.
Sebenarnya pada ibu banyak kekangan yang perlu di atasi untuk mendapatkan cukup kalsium dan mengurangkan risiko osteoporosis bila tua nanti. Lebih-lebih lagi ibu yang mengandung dan menyusukan anaknya maka keperluan kalsium sangat perlu dan diambil berat. sekiranya tidak mampu membeli supplement di farmasi atau diluar, dapatkan di klinik kerajaan. Namun jika berkemampuan, dapatkan yang lebih baik dan berikan hak kita di klinik kerajaan kepada mereka yang lebih mampu.
No comments:
Post a Comment