MamaQaireen Shoppe

Search This Blog

Sunday, March 20, 2011

SOAL JAWAB TENTANG SUSUIBU..PENYUSUAN SUSUIBU PILIHAN YANG TERBAIK

SUSUILAH ANAK ANDA SECAARA EKSKLUSIF SELAMA 6 BULAN.
Ini bermakna memberi susuibu sahaja. Air masak, susu lain, air glukos, makanan lain tidak perlu diberi.

Posisi dan Pelekapan Menyusu


Pastikan bayi menghisap di areola

Kebaikan Penyusuan Susuibu
Untuk Bayi:
- Makanan terbaik mengandungi kesemmua zat makanan utk bayi membesar
- Mengandungi zat khusus untuk perkembangan otak, anak cerdik.
- Mengandungi antibodi, melindungi anak dari jangkitan penyakit seperti cirit-birit, selsema, sakit perut, radang paru - paru dan lelah.

Untuk Ibu:
- Membantu mengecutkan rahim, mengelakkan tumpah darah.
- Mengurangkan kemungkinan mendapat barah buah dada dan ovari
- penyusuan sepenuhnya menjarakkan kehamilan

Bila Perlu Mula Penyusuan Susuibu?
Secepat yang mungkin, dalam masa satu jam selepas barsalin. Ini adalah utk menggalakkan penghasilan susuibu. bayi mendapat khasiat susu pertama (kolostrum) yg mengandungi antibodi. Antibodi tersebuat akan melindungi bayi daripada jangkitan penyakit. Anak sihat sentiasa.

Mengapa Bayi Diletakkan Bersama Ibu?
- Membolehkan ibu menyusu anak bila - bila masa.
- Meransang penghasilan susuibu.

Posisi Dan Pelekapan
- Pastikan anda selesa (duduk atau baring)
- Pegang bayi rapat. Keseluruhan badan bayi menghadap ibu, perut bertemu perut.
- Sentuhan bibir bayi dengan puting anda, tunggu mulut terbuka luas.
- Bawa bayi ke buah dada
- Pastikan bayi mengambil sebahagian besar areola (bahagian gelap sekeliling puting) ke dalam mulutnya.
- Dagu bayi menyentuh buah dada.
- Kedengaran nada hisapan (hasap-telan-hisap-telan)

Berapa Kerap Perlu Anak Disusui?
Susuilah bayi mengikut kehendak iaitu bila dia meminta (menangis, lapar). Kekerapan dan masa penyusuan tidak perlu dihadkan. Ini adalah unutk mengekalkan penghasilan susu ibu dan unutk mengelakkan bengkak buah dada. Jika bayi tidur terlalu lama, bangunkan dia unutk disusukan.

Untuk menghasilkan susuibu yang mencukupi :
- Susui bayi secepat mungkin selepas lahir.
- Susui bayi sekerap mungkin, di waktu malam juga.
- Jangan beri bayi susu rumusan bayi atau susu lain, air masak, air glukos atau makanan lain.
- Ambil makanan seimbang.
- Minum iar secukupnya.
- Pastikan bayi menghisap di areola.

Mengapa Bayi Perlu Dibari SUSUIBU SAHAJA Dari Lahir Hingga 6 Bulan?
- Untuk menghasilkan susuibu yang mencukupi.
- Untuk mengelakkan keliru puting
- Unutk mengelakkan bengkak buah dada
- Untuk mendapat khasiat unik susuibu.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...