MamaQaireen Shoppe

Search This Blog

Monday, March 7, 2011

BOLEHKAH SAYA MENYUSU ANAK IN PUBLIC??


Tiba - tiba mama tergerak nak menceritakan tentang nursing in public ni bukan apa. Ada seorang ibu ni..dia nak sangat2 menyusukan anaknya. Tapi tidak "mendapa restu" dari suaminya sendiri. Mama kesian dekat dia. Suaminya buat muka bila dia nak menyusukan anaknya in public. Kesiankan..sedihlah!!

info : sarakids

” Ish.. malu pulak nak selak baju depan tgh2 org ramai. Ni nak pergi kenduri ni.”
“Alamak… adik nak nenen ke.. Kejap2 mama cari nursing room”
“Abg jom balik cepatlah susah pulak baby ni nak menetek”


Yup, seringkali perkara ini menjadi keraguan. Ia adalah lumrah, bonda. Saya pun pernah mengalaminya suatu ketika dulu. Malu menguasai diri kerana “benda” yg kita tutup dr sejak aqil baligh, even ibu kita sendiri pun tak pernah tgk, tiba2 hendak dibuka di khalayak ramai apabila dah mempunyai cahaya mata, oww.. memang malu. Ya, for the first time mesti malu sgt2. Tetapi, anda akan dapati semakin kerap anda melakukannya, semakin mudah jadinya. Dan benda ini akan menjadi kebiasaan. Berbaloi untuk anda membiasakan diri menyusukan baby secara terbuka kerana anda akan memaksimumkan faedah penyusuan itu sendiri (stimulasi-direct feeding) dan anda ibu2 juga tahu, susu ibu merupakan makanan tersedia paling baik dan paling bersih dalam dunia!

Tips untuk penyusuan secara terbuka (in public)
1. Baby first. Jgn pedulikan org lain yang sibuk melihat anda. Kat mana2 pun anda, dgn siapa anda, when baby need her “candu”, dia mesti diutamakan dan org lain harus menghormatinya.
2. Tanamkan rasa yakin. Mom, u can. Ya, at first, mengerikan. Just do it sejujur yang mungkin. Ia akan jadi mudah. Kalau ada org tengok2 anda, anda buat muka seolah2 ckp: Bf in public~hey, whats the big deal? ~ ha-ha
3. Pilih tempat yang ada ramai ibu bapa, kanak2 atau ibu2 lain yang turut menyusukan anaknya. Ini akan sgt menenangkan anda seperti berada di rumah sendiri sekaligus mempercepatkan refleks membebas (let down reflex).
4. Pakailah cardigan, shawl, nursing cover, poncho atau letakkan bayi didalam kain gendong (pouch) – so bila breast menitiskan susu, anda dapat melindungi keadaan ini ~ pelindung tambahan
5. Tetapkan kedudukan dengan berhati-hati. Jika berada di restoran atau kafe, pilih kedudukan yang membelakangkan pelanggan lain. Ya, anda boleh menyusu baby tanpa disedari oleh org lain.
6. Menyusu baby secara senyap ~ mudah saja: Tarik pakaian (seeloknya pakai baju menyusu- jika tiada ikuti tips ini) dari pinggang dan susui bayi di sebelah yang tertutup. Cara ni kurang menarik perhatian daripada membuka butang baju. Tutuplah dengan shawl bahagian yang terbuka di bawah.

Tips2 lain:
~ Bawa air bersama ketika menyusu. Penyusuan boleh mendahagakan anda. Its good to drink a lot of water.
~ Jika susu memancut sedangkan anda belum bersedia menyusui baby, tekan lekap buah dada dengan lengan atas utk stop pengaliran susu.

CERITA TENTANG NURSING ROOM
Sesetengah shopping mall di lengkapi dgn nursing room/bilik penyusuan ibu ~ a place where mama boleh bawa baby menyusu “senyap-senyap” dan menyorok. Ya, mmg sgt selesa dgn muzik mozart yg menenangkan, warna2 bilik menyedapkan mata yang memandang. Namun, semua bf mothers tak berapa gemar terkurung didalam bilik kecil, betul tak? Bagi saya secara peribadi, takde seorg ibu pun patut ditanamkan dengan fikiran bahawa ibu patut bersembunyi utk menyusu baby mereka. Why? kenapa perlu sorok2? Anak perlukan susu, kita harus bangga kerana kita menyusukan anak kita. Yup, sgt istimewa!

^ Just remember, jika ada yang suggest? anda menyusu anak di toilet atau ladies room, fikirkan. Adakah anda mahu anak anda menikmati meal(susu) mereka dlm tandas? Tempat org menunaikan hajat besar & kecil? Saya tak sanggup! Bagiku bf – obviously is freedom. To bring back society to nature. Ya, kita takkan hidup sejauh ini jika terlalu bergantung pd susu formula ~ ingat, susu formula/tepung is not forever. Bayangkan jika kita berada dlm keadaan darurat/perang? Again, baby dilahirkan utk menyusu dr ibunya. Mereka tidak dilahirkan utk tau susu jenama apa yang sesuai, botol brand apa yang bagus dan itu ini. Fikirkan =)

WELL, I AM SO PROUD TO FEED MY BABY IN FRONT OF PUBLIC. Ianya bukanlah simbol seks pun. Its a bonding between me n my baby to feel the “gifts” from God. Untuk mengalami situasi semulajadi. Terasa seperti anak berbisik di telinga “mummy, just u and me. we feel it. Again, only u and me” Undescribed feeling. It doesnt mean saya tidak langsung berasa malu, no worries.. kerana berbagai cara utk melitupinya. Bila telah mahir, nope~ tiada siapa yang sedar pun! Saya akui, sebagai org yang menyusui bayi, saya dilindungi undang2 jika memilih utk menyusui bayi secara terbuka. In fact, ramai yang show their respect and support. This happen to me pd satu hari di satu tempat yang sgt sibuk ketika saya bercuti di jakarta bersama family 2 tahun lepas. (semasa anak sulung, sara masih 6 bulan). I breastfed her in public di ITC mangga dua, tempat yang sgt pack. Ada beberapa org tempatan menegur saya ” Susui aja anak ibu. Kita bisa tutupin utk ibu” (susukan lah anak puan, kami boleh tutup/halang utk puan). Cayalah!

Hmm.. satu lagi. Ketika ibu2 yang memberi anak mereka susu botol perlu menggalas beg mengandungi susu, thermos air panas dan lain2.. Namu ibu menyusu hanya perlu selak baju dan beri. Hanya bawa beg berisi lampin. Baby boleh di susui mengikut keperluan dengan kekecohan mimimum. Anda boleh mendodoi baby semasa menyusu di khalayak ramai.

I really want to highlight this =) ~ Jika menyusui baby in public mampu menarik perhatian lelaki- yang amat meminati anugerah Allah ini – Breast- Percayalah, ianya lebih menjerumus ke arah fikiran yang positif. In fact, mereka kdg2 malu jika berfikiran kotor terhadap ibu yang menyusukan. Kerana ianya satu perasaan yang telah dicreate oleh Allah ~ ibu yang menyusu bayinya tidak langsung mendatangkan rasa ghairah. Ianya sgt indah dan tenang, satu perasaan yang tak boleh di ekspreskan. Yelah!

~Apapun, jgn sesekali lupakan aspek menutup aurat =)
Ketahuilah bonda, bagi sikecil, andalah pusat semestanya. Anda yang lebih mengenalinya berbanding org lain. Kerana didlm rahim andalah dia berlindung 9 bulan, di dakapan andalah dia beradu setiap malam. Susuilah anak anda. Tak kiralah apa situasi anda, susu ibu merupakan hadiah anda, milik anda seorang, utk anak anda.

Suka dgn cara penyusuan ibu yang menekankan hakikat “baby perlu didahulukan tak kira apa yang berlaku”





6 comments:

  1. level coonfident kena tinggi!hehehe

    ReplyDelete
  2. aku peduli apa org nk tengok!!
    semalm aku bf qaireen dkt pasar (medan selera)
    MIL aku berniaga kat sana..mmg ramai yg tgk..aku buat bodoh je..lantaklah...kekeke.....

    ReplyDelete
  3. saya juga menyusu in public..of course dgn cara yg sopan juga.

    ReplyDelete
  4. betul tu..bukannya kita nk tayang B kita. yg penting kita pandai cari ruang dan tempat ^_^

    ReplyDelete
  5. hmm...senang k nyusu pkai sling? Kite ad pkai sling tp xpandai na guna time dier na nen.Cam senang j mamaqaireen uat.Na kna try ni.Huhu

    ReplyDelete
  6. heheee..mula2 mmg tak reti..tp lama2 lagi senang coz tak payah nk dukung dia..letak je dia dlm ring sling tu..sambil tu, kita boleh buat macam2 kerja..kekekeke....

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...