MamaQaireen Shoppe

Search This Blog

Saturday, October 4, 2014

Resepi Daging Pekasam Masak Petai Sedap

Biasanya kita dengar orang jual atau makan ikan pekasam betul tak? Tapi kali ni untuk pertama kalinya saya mencuba masak dan makan Daging Pekasam. So far ok lah rasa Daging Pekasam ni. Sedap gak..rasa serbuk2 beras tu sama je macam ikan pekasam. Masa masak pun bau enak si pekasam tu pun sama gak..heheee.

Cerita bab pekasam ni..kalau nak cari ikam pekasam yang sedap, biasanya di Grik Perak. (ehhh nak cite pasal ikan ke pasal daging ni??kekeke...) Tu memang tempat dia lah. Opah saya pernah gak buat sendiri ikan pekasam..tapi mungkin dia jarang tukar air atau entah lah... (pandai2 je aku ni). Masa masak ya Allah punye lah busuk baunye..habis 1 rumah bau, bukan lagi 1 rumah..dah siap masak pun busuk juga!hahahahaha... sorry Opah..

Tapi kalau kita dapat yang betul2 cara pembuatannye..memang sedap tau! Ok hari ni saya share Resepi Daging Pekasam masak Petai Sedap.

Resepi Daging Pekasam Masak Petai Sedap



Bahan - bahannye ialah :

1 Plastik Daging Pekasam (hiris halus2)
2 Biji Bawang Besar
5 Biji Cili Padi
2 Papan Petai.

Cara Memasak :

  1. Goreng Daging dengan api yang pelan sehingga garing. Bila dah garing angkat dari kuali dan asingkan dalam pinggan.
  2. Tumis bawang besar sehingga garing dan mengikut selera masing2..kalau suka sampai kuning goreng lama sikit, kalau suka yang lembik2 separuh masak macam saya, so jangan lah goreng lama sangat.
  3. Masukkan semula daging pekasam tadi dan masukkan pula cili padi.
  4. Gaul2 sekejap dan boleh tutup api.
  5. Siap untuk dihidang, makan pula dengan nasi panas..perghhhh!!terangkat! ;)
Senangkan cara nak masak Daging Pekasam ni? So lepas ni boleh lah try. 

Selamat Mencuba ^__^



6 comments:

  1. Teringin jugak nak merasa pekasam ni... tak berpeluang nak merasa dok lama kt smnnjg dulu..

    Apapon info yang berguna...
    Jemput jenguk blog saya utk perkongsian menarik

    http://nurulanizantasim.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. Sis..awak kena try juga makan daging pekasam ni tau..sedappppp!! ;)

    ReplyDelete
  3. firstime dengar daging pekasam..lama ke kalau nak perap berbanding ikan?

    ReplyDelete
  4. saya pun 1st time makan n masak..serius mmg sedap!

    ReplyDelete
  5. kalau nak ode pekasam daging dan ikan, leh ode..fb saya afida basri..

    ReplyDelete
  6. Yup grik the best ikan pekasam. Kampung kite. Daging pekasam dh try sedap giler tp syg mhl tu yg rse nk buat sendiri

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...